Pengenalan
>> Sunday, November 1, 2009
Karnival Usahawan & ICT ini merupakan satu inisiatif ICT Kebangsaan dari Multimedia Super Corridor (MSC) Malaysia dalam usaha merangsang minda komuniti ke arah keusahawanan dan ICT. Ia dianjurkan oleh Pusat Internet Desa Bukit Kayu Hitam (PID) sebuah entiti di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) bersama Pusat Komuniti ITU-UUM dengan kerjasama Felda Bukit Tangga. Ia merupakan satu program yang mensasarkan golongan luar bandar untuk celik dalam bidang keusahawanan dan ICT. Jesteru bagi menuju ke arah itu, program ini di harap menjadi satu titik anjakan kepada golongan sasaran ini untuk mengunakan peluang ini sebaik mungkin dalam mencapai matlamat dan misi penganjuran.
Program ini akan diadakan selama dua hari iaitu pada 11-12 Disember 2009 iaitu hari Jumaat dan Sabtu yang merupakan hari hujung minggu bagi negeri Kedah. Pelbagai aktiviti menarik seperti bengkel, latihan, pameran, karnival jualan, cabutan bertuah, pertandingan mewarna kanak-kanak, perlawanan bolasepak, kempen derma darah dan banyak lagi bakal dilaksanakan. Dijangkakan program ini akan dapat menarik ramai penyertaan dengan jangkaan sebanyak 30-40 ruang niaga dan pameran akan ditawarkan. Disamping itu bengkel ICT dan keusahawanan akan turut diadakan dengan harapan akan memberi pendedahan berguna kepada para usahawan dalam meluaskan pengetahuan dalam bidang ICT dalam memajukan lagi perusahaan mereka. Program ini juga selaras dengan hasrat kerajaan yang sentiasa melihat penduduk luar bandar ini sebagai satu komuniti yang perlu di beri perhatian sejajar dengan saranan Perdana Menteri yang mewujudkan konsep 1 Malaysia. Dengan terlaksananya program ini, diharap dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada para peserta malah penduduk setempat dalam pendedahan ilmu keusahawanan dan ICT ini.
Selaian itu ia merupakan satu program pemangkin kepada sektor ekonomi setempat selain sebagai satu laluan dalam pembaharuan cara hidup dengan kecanggihan ICT serta penglibatan secara langsung atau tidak dalam bidang keusahawanan dan ICT. Ia dapat membantu usahawan dalam mempromosikan produk keluaran mereka semasa jualan dan pameran seterusnya memperkenalkan produk masing-masing. Disamping itu bengkel ICT akan turut diadakan dan ini akan dapat memberi faedah yang besar kepada usahawan dan bakal usahawan dalam mendalami ilmu keusahawanan dan ICT.
OBJEKTIF PROGRAM

- Merangsang minda komuniti dalam mentadbir, menyelaras & bekerjasama dalam menjayakan sesuatu program terutama yang melibatkan komuniti.
- Sebagai pemankin ke arah memartabatkan usaha komuniti yang terlibat dalam bidang keusahawanan selain mewujudkan kerjasama yang erat dikalangan komuniti setempat, dan penglibatan komuniti dapat mewujudkan budaya masyarakat yang harmoni & berdaya saing.
-
Mewujudkan peluang kepada sektor ekonomi setempat selain sebagai satu laluan dalam pembaharuan cara hidup dengan kecanggihan ICT serta penglibatan secara langsung atau tidak dalam bidang keusahawanan dan mewujudkan satu kuasa pembeli terhadap produk keluaran usahawan tempatan.
- Sejajar dengan usaha kerajaan meningkatkan pencapaian dalam bidang keusahawanan dan ICT selaras dengan konsep 1 Malaysia, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
0 comments:
Post a Comment